in

“Jangan rosakkan nama adat!” – Pengantin Johor Naik Angin Mak Andam Demand Harga Tol Tinggi Mencecah RM200 di Majlis Kahwin

Kipas 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Budaya orang Melayu ni seperti semua tahu kaya dengan adat terutama bab perkahwinan. Kita ada adat merenjislah, adat bersanding lah, adat merisik dan sebagainya.

Tapi bagi yang berasal dari Johor, mereka mengamalkan adat tol iaitu yang mana pengantin lelaki akan dikenakan bayaran untuk duduk bersanding dengan pengantin perempuan. Jadi maksudnya, masa pengantin lelaki berarak dorang akan ditahanlah oleh pihak perempuan untuk bayar tol!


105114Nv99Kvwug18C6Jrv
gambar hiasan

 

“Tak patut mak andam letak nilai duit tol tu berapa. Pengantin dah banyak berhabis duit” 

Namun adat yang unik ini tiba-tiba kali ini menerima kecaman dari pengantin di Johor kerana katanya harga tol yang ditetapkan mak andam makin lama makin naik. Uish.. kalau naik RM10, RM20 tu tak apalah jugakkan.

Netizen di Facebook ini claim harga tol naik sehingga RM200 macam tu. Kalah tol PLUS! Lagi pelik, boleh ke sebenarnya mak andam letakkan harga tol sesuka hati. Bukan sudah ada persetujuan ke sebelum majlis berlangsung?

67449783 580001485861229 1682558635118428160 N
sumber: facebook

 

“Adat??? Jika dilihat ini bukan lagi adat tetapi dijadikan satu perniagaan dengan mencabuli nama adat dan budaya” 

Bila sesuatu adat tu diamalkan dengan cara yang tak betul dan membebankan pengantin, admin rasa memang perlulah kot seseorang bersuara. Sudahlah pengantin berhabis wang nak bayar persiapan kahwin, tiba-tiba ada extra charges pulak termasuk harga tol ni.

Adat

67521864 580001529194558 7976390155760041984 N
sumber: facebook

 

“Sebagai orang Johor memang tak gemar sebenarnya duit buka kipas tu…” 

Rata-rata netizen yang membaca posting ini memberi bermacam-macam pendapat. Ada yang setuju adat ni diteruskan sebab hal ini bukan isu besar pun. Kalau tak suka tol buka kipas tu tak payahlah buat kan. Tapi ada pulak yang tak setuju sebab adat macam dah tak relevan lagi.

Mak Andam
sumber: facebook

 

“Masa aku dah RM150. Last-last aku cakap tak payah jaga. Alhamdulillah semua berjalan lancar” 

Duit
sumber: facebook

Korang rasa adat ini wajar diteruskan ke? Min rasa terpulanglah kepada diri masing-masing asalkan berpada-pada. 

NOTA: Gambar di atas sekadar hiasan

Baca: “Semak je bridesmaid ni” – Pengantin ‘Tenggelam’ Atas Pelamin Sebab Baju Bridesmaid Lagi Menyerlah, Tapi Sebenarnya…

Brides

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.